Tuesday, April 26, 2011

buat adam yg mencari cinta hawa..buat hawa yg menanti cinta adam..

                                                                                   Assalammualaikum ..

benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??tak salah bahkan dianjurkan supaya tak tersalah pilih..hmm..

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pada telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^^


        ***************************

aku dapat artikel nih dari facebook. Saja aku post kat blog aku untuk perkongsian. Dan sama sama dijadikan renungan bersama.



ok daaaaa :)

terima kasih sudi baca :)

Monday, April 25, 2011

dah jangan perasan muda oke...!!

Assalammualaikum. .

tadi aku ada la keluar pi kedai dengan mak aku.dan macam biasa aku just stay dalam keta jela kan.
Malas aku nak turun keta dengan pakai kain batek nih *eceyh bajet gadis melayu * kalo terlondeh nya kain aku tak adanya bajet gadis melayu weyh .

So, dalam sorang sorang aku layan lagu tu tiba tiba aku ada dengar suara orang tegur aku .
Sekali aku kalih . . .

waaaaaaa.. tutyy !! ahaha kat situ jugak aku jerit weyh.*nasib dalam keta -.-'' *
BTW, kawan aku nih kawan satu sekolah rendah dengan aku dan dia pon dah kawen oke .
Anak dia pon dah 2 taun . masa aku sembang sembang tu ada laa dia dukung anak dia tu.
Sekali nak suh dia salam aku cam dah conpius nih .

 erk,nak suh budak nih panggei aku apa nih??
kak ka makcik/auntie?

aku pon leyh terkuaq soklan

aku : eh nak suh dia panggei kami apa nih??
takkan makcik kowt?

membe aku : haha haalaaaa makcik laa...!!

aku : waaaaaaaa rasa diri dah tua nyaaa...

dalam hati aku lak masa dok layan budak kecik tu leyh lak dok berangan nak kawen cepat cepat T____T
apakah ??

oke... dah aku taknak pikiaq pasai nih !. . . . daaaaaa :) 

konvo mereka...

Assalammualaikum...

pergh lama gila aku tak hupdate blog nih. . .
sian kat dia . . alololooo anak mummy muchuk sayang sayang nih *feeling blog nih cam anak aku lak hahaha*

BTW, aku nak ucap tahniah la kat kawan aku sebab dah konvo.
TAHNIAH AIZZATY !!
anda dah selamat ber-konvo dan . . . . .

AKU JELESSSS !!

bila la aku nak konvo nih?? huuuu nak jugak pakai jubah konvo tu *alaaaa. .jubah biasa tu dah selalu sangat aku pakai ..bajet baek laa nih haha *




owh. . . aku kasi ampa ampa tengok gambaq masa konvo tue .tapi tak banyak la sangat gambaq yang aku ada . sikit ja tapi oke la kan daripada tak dak langsung .






wah ty. dah macam LAWYER pon ada oke..hehe




MEREKA ini seperti baru keluaq dari mahkamah ..hahaha :P









muka aku pon ado.. ahaha huduh yang amat . T__T




TAHNIAH ANDA SEMUA !!




oke  daaa... :)

Thursday, April 14, 2011

6 perkara yang aku allergic bila atas jalan. . .!!

Assalammualaikum...

atceli aku xdak laa idea sangat kan nak update entry nih . .  :P
tapi nak jugak update kan. . . sebab jari jari aku nih semangat nak menaip . . :)

so ini dia . .

6 perkara yang aku allergic bila atas jalan. . .!!

1 . bawak keta slow-slow
arghhhh ...ini aku tension kowt. . . tambah tambah yang dok kat lane kanan. boleh la pulak kan dok lane kanan pastu bawak slow slow. . owh sangat lah sabar nya aku masa tue . .(sabaq laa sangat kan, padahal dah berbakul bakul aku sumpah dlam keta tue )

2.bawak moto suka selit selit
nih pon sama. . manusia yang suka nak tunjuk dia pro gila bawak moto. Tambah lak konon nya moto tu lawa + cun. sebab tu aar semangat nak tunjuk dengan cara nak  selit masuk celah celah kereta tu . .
aku dok lam kereta tu xdak laa nak kagum pon. . menyampah ada r. .kalo terlanggar sapa yang susah?? confirmlaa kau dan  orang yang kau langgar tu yang susah kan. Nak bawak moto laju laju pi track laa. . baru mencabar weyh. .

3. buang sampah
apalaa yang best sangat bila drive buang sampah ikowt tingkap nih?tahukah anda sampah itu boleh menganggu pengguna jalan raya. Cuba laa kan bayangkn,tengah syok drive tu tiba tiba ada plastik ka kertas ka yang pemandu lain buang, then terlekat kat cermin kereta korang or terkena muka penunggang motosikal (moto oke lagi rasanya sebab leyh buang sndiri) haa tak ke menganggu penglihatan. Dibuatnya tiba tiba lost control dan terlanggar ..tak ke naya weyh?. .
xdak kesedaran sivik langsung. Pliss laa jangan buang sampah sesuka hati. Ingat !! bukan anda seorang pengguna jalan raya. Ada ramai lagi kat luar sana nun yang jadi pengguna jalan raya. I dont like ok..!( haa tengok,jangan buat aku marah kan dah sepeking omputeh nih ) :')

4.smoking
yang nih rasanya selalu ja aku nampak. tengah drive pon syok jaa dok menghisap benda alah tu.
dah habis hisap, puntung rokok tu selamba jaa buang ikot tingkap.benda tu memang nampak cam
" alaaa..xdak apa pon ..benda kecik ja pon" 
tapi kan pensyarah aku penah cakap. . kalau puntung rokok tue terkena bhagian enjin ka apa ntah dia boleh menyebabkan letupan .LETUPAN oke. . mungkin disebabkan benda ni kita xbiasa dengar lagi. .
mana taw masa akan datang kita akan dengar. Sapa tahu kan? . Tambah lak sekarang nih perokok makin bertambah.

5. signal
tak tahu laa aku kan kalo ada kereta yang tak dak signal . tapi rasanya smua kereta ada jaa signal .
tapi still diorang xmau guna. Dah tu sesuka hati ja nak membelok la nak memotong la.Buat macam jalan sendiri laa pulakkkkk . Eh helloo. . belakang korang ada pengguna yang lain kowt . kalo terlanggar korang jugak yang kecoh kecoh kan?
dah tu payah la pulak nak ngaku salah sendiri .

6. brek
owh ini aku suka sangat kowt . Selalu aku kowt jumpa spesies camni.
Ya ALLAH, tengah aku laju  bawak keta boleh plak kan dia p tekan brek. Padahal aku tengok depan dia tue xdak pon kereta ,xpon kereta depan dia tu memang jarak berbatu batu bukan meter T__T .nak kata ada traffic light memang tak arr..(dah kalau atas highway memang xdak laa ).
Boleh pulak dia wat camtue kan? haish. Xpun masa aku tengah laju ja sebab nak ligan lampu hijau tiba tiba keta depan aku p brek. Konon berhemah sebab skit g jaa nak kuning .(dalam hati aku : Oii kuning pon belom laa ). dah tu, dah kuning boleh pulak dia jalan . APAKAH?? !! T_T cam hampeh pon ada .

nih semua hanyalah sekadar pengkongsian dan pengalaman aku :)

*******************
notakaki : eceyh semangat ja ku wat entry nih. . macam laa aku nih pernah tak pernah buat. . ahaha. . :P
owh tidak aku baik oke (tangan ke dada mata keatas )

Wednesday, April 13, 2011

frust menonggeng...!!

Assalammualaikum . .

pergh. . rini aku rasa frust menonggeng sangat sangat . .
xsangka lak aku jadi camni kan. .
heh . . xplaa dah xdak rezeki kan . . nak wat cena. .
terima jelaa seadanya. .

dah nasib aku kan xdapat jadi pengawas exam kt kolej tue. .
xpa xpa cik zielah oi xdak rezeki anda laa tue . .
cuba try test cari keja kt tempat len laa plak yaaa...

*kecoh je kan aku . . xdapat jadi pegawas exam tu pon dah frust menonggeng cam baru lpas clash dengan pakwe kan?? hahaha *