Saturday, May 28, 2011

REVIEW : ini cerita hantu : KARAK !!

Assalammualaikum . .

oke ampa semua mesti tau kan sekarang nih cerita KARAK tengah ditayangkan kan ?
So, aku pon tak mau la ketinggalan nak tengok crita nih. Filem hantu pertama keluaran KRU . Cerita nih betoi betoi best. Aku bagi 4/5 bintang. Okela tu kan ? ^^.  Kat sini aku buat review sikit pasai filem nih .


KARAK : TERBITAN KRU





Cerita nih berkisar tentang jalan KARAK yang dikatakan berhantu dan berdasarkan cerita benar. Cerita tentang volkswagen kuning , hantu perempuan ngan anak dia yang kacau orang kat laluan Karak tu.

Filem ni tentang 4 orang pelajar kolej , Zura, Nik, Jack dan Ida yang dalam perjalanan nak ke mana ntah aku xhengat . Masa dalam perjalanan tu depa semua nih terlibat dengan kemalangan di kawasan yang dikatakan laluan angin melintang.

Kat sini bermulalah semua cerita depa tue . Apa yang terjadi dengan depa?? Selamatkah depa dari kemalangan tu? Betoi ka ada hantu kat laluan tue? Haaaa , banyak persoalan yang akan terjawab kalo ampa p tengok.

 Dilakonkan oleh pelakon baru seperti Sheera Aiyob , Shahir (AF8) , Shakila dan Md Eyzendy.
Dah ada dipawagam sejak 26 MEI 2011 . Tunggu apa lagi?? pergila serbu pawagam tu . =)




 



tq for reading :)

Tuesday, May 24, 2011

Assalammualaikum. . .

pergh . .  lama jugak aku tak update entry eh? ^^

nih semua sebab aku asyik berjalan + baca novel =PENAT !!
aku kalo penat memang tak dak idea nak buat entry baru . . (huhu)
kalo ada idea pon aku penat dan tak larat nak type  . .
tangguh punya tangguh , last2 tak jugak update update :'). 

BTW, dalam 2 minggu nih aku rajin jaa kuaq.^^. Tengok wayang pon rajin jugak .
rajin tak rajin pon aku tengok filem  NUR KASIH THE MOVIE dengan PIRATES OF THE CARIBBEAN jaa. Sebab aku rasa macam 2 crita nih best kan. ERK?? >.<

Masa yang sama aku teman kawan baek aku nih IZZATI KHAIRUNNISA pi beli barang barang hantaran untuk pakndak dia. Tiba tiba aku feeling cam aku teman dia beli barang hantaran dia sendiri oke..! HAAHAA!!
Tapi rasa rasa cam tak lama lagi la tu kan kawan kawan aku nih nak ntaq kad jemputan kawen. Owh dah besaaaaaaaaarr pon kawan kawan aku nih . =p

aduiiiii perot aku mintak diisi. choww !! ^^

salam




tq for reading !

Sunday, May 15, 2011

Engkaulah lilin pembakar semangat ~

Assalammualaikum . .

16 MEI 2011 . .

dah lama rasanya aku tak sambut hari guru .
ada laa dalam 3 taun aku tak sambut . * eh 3 taun tu pon lama laaa kan *. Macam dah sepuloh taun ja gaya aku tinggaikan alam persekolahan. ;')

teringat aku masa sekolah duludulu . Tiap hari guru ja aku sibuk nak cari hadiah untuk cikgu aku yang sayang aku ^^. Masa sekolah rendah dulu, tiap kali HARI GURU. Aku sibuk jaa,  p cari hadiah untuk semua cikgu aku. HAHA !! . Kalo ada sepuloh orang cikgu yang ajaq aku. Sepuloh la aku beli. Kalo 12 orang , 12 laa aku beli. Hahaha !! Kononnya nak bagi semua sama rata. Tak mow pilih kasih la katakan . :) . Dan sebagai hadiah untuk jasa mereka mengajaq aku . Tak pernah jemu nak bagi ilmu kat aku nih. Yerla aku kan bebal sketttt. sketttttt ja hokey.(huuhuu)  :')

Masa aku sekolah menengah lak, even aku takdak laa semangat nak cari hadiah macam sekolah rendah tu kan =P . Dah tak dak hadiah segala bagai nih . >.< .HUHU !! kejam la plak kan ?? :')
Tapi setiap kali sambutan hari guru, aku rasa aku buat persembahan masa tu . HIKHIK =p. Masa tu aku akan sampaikan sajak "GURU OH GURU " karya Usman Awang . Aku memang suka sajak nih dari sekolah rendah lagi.

So,

untuk semua cikgu aku dari tadika, skjp, mmas, kuin dan semua warga pendidik


SELAMAT HARI GURU !!

sayang cikgu saya sangatsangat
**********************

Puisi 1

Bila murid duduk
cikgu berdiri
bila murid diseligi
cikgu pulak kena gari
murid datang naik BMW 7 siri
cikgu datang motor buruk cukai jalan pon mati
murid belajar sampai PhD
cikgu baru berkira nak sambung degree
namun begitu
di dunia cikgu berbakti
moga di akhirat syurga menanti

Puisi 2

Guru bagaikan NTV7
kerana “Ceria Selalu”
Guru juga kadang kala seperti TV 3
kerana “menjadi inspirasi hidupku”
yang pasti
Guru bagaikan serifm “sentiasa di hati”
dan yang paling penting
guru bagaikan pakej astro kerana
“macam macam ada”

Puisi 3

Waktu pelajar sakit,
guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes,
guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,
guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah,
guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru,
guru menjadi penunjuk arah
Teruskan perjuangan yang mulia
ikhlaskanlah hati
selamat hari guru
untuk semua warga pendidik

*sumber dari http://mzfaizal.org/blog/?p=804


Monday, May 9, 2011

i stalk ur profile when i miss u :')

 Assalammualaikum . . .


Petang tadi tengah aku online, aku ternampak ar lagu nih kat wall membe aku. Tengah petang panas2 lak tu aku pon layan laa kan. Sekali dengaq terus aku jatuh cinta. *jatuh cinta dengan ini lagu haa.* tak nak ngaku mamat yang nyanyi tu ensem jugak kan. HAHA !!

nih aku punya sinopsis la kan pasal lagu nih. Dak laki tu dah clash ngn awex dia. Dahtu dia selalu la usha FB EX dia nih. Dok usha profile EX dia tu. EX dia tu lak dah ada pakwe baru. haa camtue  laa lebeyh kurang aku paham ngan lagu tue.

Malas nak taip banyak2 ampa dengaq sniri la nowh. ^^




LAYANN !! ~~~~









(erk . .  nak mntk sorry awaiawai . sebab ada gangguan la sket kan sebab aku punya belog kan ada lagu) ^^





thanks for reading :)

daaaa ~~

Saturday, May 7, 2011

terima kaseh mak :'D

Assalammualaikum . .
rasa macam nak lengkap lak kalo tak buat entry pasal hari ibu ini kan. .
aku pon dah macam conpius jaa. Bila Hari Ibu ni sebenaqnya ?
kenapalaa ramai sangat yang dok wish nih?? dah dua hari berturut aku dengaq orang dok wish dalam radio.
Rupanya Hari Ibu tue 8 MEI (ingat nih, remind dalam pala hotak siap2 zielah oii ^^)

****************************

ehem ehem...aku nih takla terer sangat nak bermadah pujangga nih.
apatah lagi nak buat ayat jiwang segala bagai.
tapi apa yang aku cakap nih mai dari hati aku seorang anak untuk mak aku yang tersayang.


Mak . .  .
Terima kasih sebab sudi mengandungkan kami selama 9 bulan 10 hari .
Terima kasih sebab menahan saket melahirkan kami.
Terima kasih mak sebab sanggup menyusu kami. (sebab tu blh buat antibodi km kuat)
Terima kasih sebab menjaga makan  minum kami. (sebab tu kami sihat2) ^^

Mak . .  terima kasih sebab ..
Selalu ada disisi kami tak kira masa.
Sanggup bersengkang mata /merawat saket demam kami. :')
Sanggup berkorban demi kebahagiaan kami.
Sanggup bersusah demi kesenangan kami.


Terima kasih sebab ,
Mak selalu ada bersama kami berkongsi suka dan duka kami
Mak selalu ada disaat jatuh bangun kami
Mak sentiasa ada masa untuk diluangkan bersama kami
Mak selalu menjadi pendorong kami :')

TERIMA KASIH MAK !!


 



 
-kami taw wang ringgit xdapat nak balas segala jasa mak hanya doa yang kami mampu titipkan wat mak dan xlupa juga ayah.




Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.




p/s : sayang mak sangatsangat :') 

Thursday, May 5, 2011

apa yang ampa buat kalo jumpa dengan orang yang ampa kenai? ^^

Assalammualaikum  . . .

haaaaaaaaa . . tengok tajuk pon dah taw kan pasai pa?
sebenaqnya bukan apa pon. kemarin aku ada r kuaq pi jalan jalan dengan membe aku kan, so masa kat mall tu aku ada laa ternampak membe aku masa sekolah rendah dulu.


Tapi kan, dia tak perasan aku kowt . aku yang perasan pon tak berani nak tegoq.  HAHAHA!!
OK. sebenaqnya bukan kemarin ja aku jumpa. boleh cakap selalu jugak ar aku jumpa membe aku nih.
Tak kira r masa sekolah rendah ka sekolah menengah ka. Mesti jumpa la jugak.

sebelom ada orang bermonolog macam ni :

"eh dah depa tu tak tegoq kenapa laa ang xtegoq depa ?"

oke. bukan aku xmaw tegoq cuma kan..kalo aku tegoq satg depa wat muka blur macam tak kenai aku.
haaaaaaaaaaaaaaaa kan dah MALU aku kat situ. dan dibuatnya masa aku tegoq tu dia tak bagi respon??
Kan malu lagi aku .* yang nih selalu terjadi kat aku * huu malu OK..!!

sebab tu aku kadangkadang macam nak biaq jaa depa tegoq aku.
kita acting ja macam kita nih bajet artis ala ala popular tu. * perasannnnnn jaa lebeyh* ~~!
salah satu sebab aku tak mau tegoq sebab aku nih PEMALU ~! hahaa... *nih nanti sure ada yang gelak terguling jatuh katil nih baca statement aku nih *

kalo aku jumpa dengan yang aku rapat tue boleh la jugak aku tegoq.
yang bila jumpa terus boleh pelok-ciom-pipi kiri-pipi kanan tak dak laa aku nak malu sangat kan. sebab ada jugak respon dari orang tu.
Nih kalo setakat aku ja tegoq and ingat depa. Depa tu harammmm tak ingat aku.
pergh boleh malu sepoloh keturunan aku tu >.< .

tapi kowt mana pon aku akan cuba tegoq la sebab depa tu kan penah jadi kawan aku . ~ * pergh suci dak ayt aku * hahaha.

ok.kalo ampa lak yang jumpa orang yang ampa kenai apa yang ampa buat??



p/s : lepas nih jumpa aku tegoq taw...aku kan PEMALU .~~ heee

enset +cd + shawl = jalanjalan

Assalammualaikum...
pergh dah lama aku tak update belog kan ?
hehehe . .

arini aku ada kuaq ngan membe kamceng aku ,izzati . sebab musabab yang kami kuaq adalah

1 . aku nak repair fon aku  : terbang 50 HENGGET aku !!

2 . makcik tu nak cari shawl : dah jumpa pon shawl n inner yang dia berkenan (wana putih + purple xslp ) !!

3. makcik tu jugak nak cari cd merong mahawangsa  : dah jumpa pon cd tu kt AS MALL. 5 HENGGET jaa ORI tueh !!( tokey tu cakap )

4. saja cari pasal !! (eh2..yg nih aku bohong jaa.. ^^..)

hahahaa...xdak keja aku nak p cari pasai dengan orang. ceyh buang masa aku jaa .* bajet cam kuaq jalan tu tak buang masa la plak kan? >.< *

hmmm lepas nih nak kuaq cari apa pulak yaaa ?? *tengah pikiaq *