Tuesday, April 26, 2011

buat adam yg mencari cinta hawa..buat hawa yg menanti cinta adam..

                                                                                   Assalammualaikum ..

benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??tak salah bahkan dianjurkan supaya tak tersalah pilih..hmm..

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pada telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^^


        ***************************

aku dapat artikel nih dari facebook. Saja aku post kat blog aku untuk perkongsian. Dan sama sama dijadikan renungan bersama.



ok daaaaa :)

terima kasih sudi baca :)

Monday, April 25, 2011

dah jangan perasan muda oke...!!

Assalammualaikum. .

tadi aku ada la keluar pi kedai dengan mak aku.dan macam biasa aku just stay dalam keta jela kan.
Malas aku nak turun keta dengan pakai kain batek nih *eceyh bajet gadis melayu * kalo terlondeh nya kain aku tak adanya bajet gadis melayu weyh .

So, dalam sorang sorang aku layan lagu tu tiba tiba aku ada dengar suara orang tegur aku .
Sekali aku kalih . . .

waaaaaaa.. tutyy !! ahaha kat situ jugak aku jerit weyh.*nasib dalam keta -.-'' *
BTW, kawan aku nih kawan satu sekolah rendah dengan aku dan dia pon dah kawen oke .
Anak dia pon dah 2 taun . masa aku sembang sembang tu ada laa dia dukung anak dia tu.
Sekali nak suh dia salam aku cam dah conpius nih .

 erk,nak suh budak nih panggei aku apa nih??
kak ka makcik/auntie?

aku pon leyh terkuaq soklan

aku : eh nak suh dia panggei kami apa nih??
takkan makcik kowt?

membe aku : haha haalaaaa makcik laa...!!

aku : waaaaaaaa rasa diri dah tua nyaaa...

dalam hati aku lak masa dok layan budak kecik tu leyh lak dok berangan nak kawen cepat cepat T____T
apakah ??

oke... dah aku taknak pikiaq pasai nih !. . . . daaaaaa :) 

konvo mereka...

Assalammualaikum...

pergh lama gila aku tak hupdate blog nih. . .
sian kat dia . . alololooo anak mummy muchuk sayang sayang nih *feeling blog nih cam anak aku lak hahaha*

BTW, aku nak ucap tahniah la kat kawan aku sebab dah konvo.
TAHNIAH AIZZATY !!
anda dah selamat ber-konvo dan . . . . .

AKU JELESSSS !!

bila la aku nak konvo nih?? huuuu nak jugak pakai jubah konvo tu *alaaaa. .jubah biasa tu dah selalu sangat aku pakai ..bajet baek laa nih haha *




owh. . . aku kasi ampa ampa tengok gambaq masa konvo tue .tapi tak banyak la sangat gambaq yang aku ada . sikit ja tapi oke la kan daripada tak dak langsung .






wah ty. dah macam LAWYER pon ada oke..hehe




MEREKA ini seperti baru keluaq dari mahkamah ..hahaha :P









muka aku pon ado.. ahaha huduh yang amat . T__T




TAHNIAH ANDA SEMUA !!




oke  daaa... :)

Thursday, April 14, 2011

6 perkara yang aku allergic bila atas jalan. . .!!

Assalammualaikum...

atceli aku xdak laa idea sangat kan nak update entry nih . .  :P
tapi nak jugak update kan. . . sebab jari jari aku nih semangat nak menaip . . :)

so ini dia . .

6 perkara yang aku allergic bila atas jalan. . .!!

1 . bawak keta slow-slow
arghhhh ...ini aku tension kowt. . . tambah tambah yang dok kat lane kanan. boleh la pulak kan dok lane kanan pastu bawak slow slow. . owh sangat lah sabar nya aku masa tue . .(sabaq laa sangat kan, padahal dah berbakul bakul aku sumpah dlam keta tue )

2.bawak moto suka selit selit
nih pon sama. . manusia yang suka nak tunjuk dia pro gila bawak moto. Tambah lak konon nya moto tu lawa + cun. sebab tu aar semangat nak tunjuk dengan cara nak  selit masuk celah celah kereta tu . .
aku dok lam kereta tu xdak laa nak kagum pon. . menyampah ada r. .kalo terlanggar sapa yang susah?? confirmlaa kau dan  orang yang kau langgar tu yang susah kan. Nak bawak moto laju laju pi track laa. . baru mencabar weyh. .

3. buang sampah
apalaa yang best sangat bila drive buang sampah ikowt tingkap nih?tahukah anda sampah itu boleh menganggu pengguna jalan raya. Cuba laa kan bayangkn,tengah syok drive tu tiba tiba ada plastik ka kertas ka yang pemandu lain buang, then terlekat kat cermin kereta korang or terkena muka penunggang motosikal (moto oke lagi rasanya sebab leyh buang sndiri) haa tak ke menganggu penglihatan. Dibuatnya tiba tiba lost control dan terlanggar ..tak ke naya weyh?. .
xdak kesedaran sivik langsung. Pliss laa jangan buang sampah sesuka hati. Ingat !! bukan anda seorang pengguna jalan raya. Ada ramai lagi kat luar sana nun yang jadi pengguna jalan raya. I dont like ok..!( haa tengok,jangan buat aku marah kan dah sepeking omputeh nih ) :')

4.smoking
yang nih rasanya selalu ja aku nampak. tengah drive pon syok jaa dok menghisap benda alah tu.
dah habis hisap, puntung rokok tu selamba jaa buang ikot tingkap.benda tu memang nampak cam
" alaaa..xdak apa pon ..benda kecik ja pon" 
tapi kan pensyarah aku penah cakap. . kalau puntung rokok tue terkena bhagian enjin ka apa ntah dia boleh menyebabkan letupan .LETUPAN oke. . mungkin disebabkan benda ni kita xbiasa dengar lagi. .
mana taw masa akan datang kita akan dengar. Sapa tahu kan? . Tambah lak sekarang nih perokok makin bertambah.

5. signal
tak tahu laa aku kan kalo ada kereta yang tak dak signal . tapi rasanya smua kereta ada jaa signal .
tapi still diorang xmau guna. Dah tu sesuka hati ja nak membelok la nak memotong la.Buat macam jalan sendiri laa pulakkkkk . Eh helloo. . belakang korang ada pengguna yang lain kowt . kalo terlanggar korang jugak yang kecoh kecoh kan?
dah tu payah la pulak nak ngaku salah sendiri .

6. brek
owh ini aku suka sangat kowt . Selalu aku kowt jumpa spesies camni.
Ya ALLAH, tengah aku laju  bawak keta boleh plak kan dia p tekan brek. Padahal aku tengok depan dia tue xdak pon kereta ,xpon kereta depan dia tu memang jarak berbatu batu bukan meter T__T .nak kata ada traffic light memang tak arr..(dah kalau atas highway memang xdak laa ).
Boleh pulak dia wat camtue kan? haish. Xpun masa aku tengah laju ja sebab nak ligan lampu hijau tiba tiba keta depan aku p brek. Konon berhemah sebab skit g jaa nak kuning .(dalam hati aku : Oii kuning pon belom laa ). dah tu, dah kuning boleh pulak dia jalan . APAKAH?? !! T_T cam hampeh pon ada .

nih semua hanyalah sekadar pengkongsian dan pengalaman aku :)

*******************
notakaki : eceyh semangat ja ku wat entry nih. . macam laa aku nih pernah tak pernah buat. . ahaha. . :P
owh tidak aku baik oke (tangan ke dada mata keatas )

Wednesday, April 13, 2011

frust menonggeng...!!

Assalammualaikum . .

pergh. . rini aku rasa frust menonggeng sangat sangat . .
xsangka lak aku jadi camni kan. .
heh . . xplaa dah xdak rezeki kan . . nak wat cena. .
terima jelaa seadanya. .

dah nasib aku kan xdapat jadi pengawas exam kt kolej tue. .
xpa xpa cik zielah oi xdak rezeki anda laa tue . .
cuba try test cari keja kt tempat len laa plak yaaa...

*kecoh je kan aku . . xdapat jadi pegawas exam tu pon dah frust menonggeng cam baru lpas clash dengan pakwe kan?? hahaha *

Saturday, April 9, 2011

ceyh...cam kacang je pon... :P

Assalammualaikum...

hai hai. . . tadi pagi aku ada ujian munsyi kan?? haaa . . alhamdulillah . .  aku rasa lega sangat sangat sebab dah lepas dah jawab soklan . . heee . .
mula mula nak jawab tue cam cuak la jugak kan. . .
sebab pengawas exam tu cakap semua soalan ada 310 . . yup betoi . . anda tak salah baca .310 soalan semuanya dan perlu dijawab dalam masa sejam. . . hanya sejam sahaja . .

tapi anda tak perlu risau sebab soalan objektif jaa . . hahaha...
gilaa hampa kalau soalan subjektif . mau nanges aku kat situ nak jawab . huhu .
soalan dia kalau tengok sekali macam soalan yang selalu kita buat kt FACEBOOK ,majalah apa tue . tanya pasai kita punya personaliti , peribadi kita macam mana apa tue . senang je kan ?? semua tentang diri kita . xdak kena mengena dengan sapa sapa pon. :)

so,sekarang nih aku just tunggu jela bila nak tau keputusan dia keluaq kan .
heee .  .nak tunggu keputusan dia plak nanti buat aku berdebar debar . ahaks.
ngada ngada dak aku ? :P

oklaaa tataaa..... nak g ngadap novel lak . . hik
(sebenornya aku dah tak dak idea nih. alasan jela tue  heee )

notakaki : tadi p hospital melawat ayah kawan aku,MAJIDAH . ayah dia masuk ICU.kawan kawan tolong doakan ayah dia cepat sembuh ya.. ^^

Friday, April 8, 2011

wish me luck...!!

Assalammualaikum . . .

oke . . esok 9 APRIL 2011. . . i so nervous lorh , coz esok ada exam munsyi under USM tue . .
owh memang nervous weyh . . dah r xtaw soklan kuaq cemana kan??
[ tq to wan yang bgtaw kt my shout box tue cnth2 soklan dia. . :) ] 
ditambah lak dengan esok nak pi exam tu sorang2 lak . . atceli , mak nak teman tapi bajet cam leyh berdikari . tu yg xbg mak teman tu . . ahaks . :P

so . . dah xtaw nak stdy apa untuk esok . .sebab xdak buku teks or even silibus pasai esok . .
so aku dengan semangatnya nak study novel . ngeee . :D
(nasib aku sapu novel umah maksu aku tadi . . hahahaa )

oke daaa...

notakaki : doa kan aku leyh jawab yer esok . . tiba2 nervous datang balik pulak . hahaa

Wednesday, April 6, 2011

night at DATARAN...!!

Assalammualaikum ... ^^

malam isnin lepas aku , azzah and aizzaty ada r kuaq makan - makan kan?
lepas kami kenyang tuh . .  kami pon sepakat ar nak pi kat dataran depan masjid zahir tue . . .
(sebenaqnya lama dah nak p tapi tak berkesempatan lagi huu )

so . . . .  malam tue kami pon sempat laa bergambaq kt lampu -lampu tue . . : ) ngeee

jom tengok pics yang diambil malam tue . . .

gmbaq nh cerah sebenaqnya . .aku saja kasi gelap . .muahaha









gmbaq nih leyh wat kad ucapan ari raya weyh . . !! haha..



sket jaaa tangkap gmbaq malam tue . . nanti kalo p lagi . . pergh nak tgkap banyak-banyak r . . :P

Tuesday, April 5, 2011

permulaan untuk melangkah....!!

Assalammualaikum dan hai hai...!!

masa balik hantaq cik AZZAH pi kolej tadi rasa cam nak sambung tidoq jaa balik . .  hikhik . .
tapi . .  tiba-tiba aku teringat . . eh , harini 5 APRIL 2011 laaa . . keputusan  semakan ujian MUnSYI USM kuaq dah boleh check dah laaa . . . dari kemarin lagi . . cena leyh lupa nih . .
haaa . . aku apa lagi semangat laaa nak on9 . . nak check kan ?? hehe . .

dan  keputusannya . . .

*tekan untuk tambahkan power mata anda*

pergh... 9 APRIL 2011 nih ada ujian MUNSYI tue. . .
adeyh2. . . seryes xtaw . .apakah ujian ini . . huuu . . nerbes nih weyh . . cam nak ambik nak ambik test kereta pon ada gak . . huuu . . .tatutttttttttttt . . . . !!

eh . . anda-anda ada maklumat pasai ujian nih tak ?? kongsi plisss *wink2* . . .




terima kasih . . . :) 

berjalan mencari makan.. :P

Assalammualaikum...!!

malam nih best sangat-sangat... :)
rasa cam dapat durian runtuh ja tak pun macam menang loteri jaa hahaha * haip..aku tak main oke benda2 itu* . . .
tak lah . . sebenarnya aku baru jaa balik dari kuaq makan-makan dengan AZZAH & AIZZATY...
nih kira macam rancangan kami yang kedua ar..selepas rancangan pertama dulu tak jadi sebab hujan kan..
*rasanya aku ada mention dalam entry dulow2*

so malam nih dengan keadaan cuaca yang amat baik kami pon kuaq laa makan2..
*adeyh terlupa nak snap pic masa makan2 tue T__T..xpo..jnji perot kenyang..mauahaha*
masa nak tunggu makanan sampai tue sempat laa kami borak-borak...sembang-sembang..cakap-cakap..
oke. . . stop guna perkataan seerti . . haish . . . .

lepas makan tue kami p bersuka-ria kat dataran WISMA NEGERI tue...wat po lagi haa...jalan-jalan tengok lampu lampu yang macam kat ICT sana nuu . .  cuma sini biasa-biasa r . . xdak r macam kat sana nuuu kan.
 masing-masing pon dah lama teringin nak pi bergambar kat situ ..hikhik...macam peqhak jaa kan . .
owh xkesah apa nak kata. . . janji puas dapat pi sekali pon jadilaa . . * next tyme nak ajak cik zaty lak pi . .* hihi . .
lawa laa jugak kat situ . . tapi lawa lagi MASJID ZAHIR laa . . *bangga jadi anak KEDAH*hakhak. .adeyh . . ada tanda2 sifat2 mazmumah lak disitu...

*gambo-gambo semua tue nanti aku upload..kalo lawa and kalo aku teringat ..hee*

oke...daaa..aku nak tidoq. . esok pagi pagi azzah mintak tolong hantar dia pi kolej. .ada speaking for MUET katanya . . :) owh BTW, gud luck azzah yaaa  dun be loqlaq . . =) heeee

Monday, April 4, 2011

sudah jatuh ditimpa tangga...

Assalammualaikum and hi ...!!
dah lama kan aku tak hupdate belog nih?
nasib xbersawang sangat....sob2...
baru-baru nih my netbook skrin dia rosak...sebab tu laa aku update belog nih...huuu..
dah laa handset aku pon skrin dia rosak...
skrg nih netbook lak...
owh betoi-betoi laa aku sudah jatuh ditimpa tangga... :') dugaannnn...!!

then,sekarang nih leyh kira aku jarang laa jugak nak on9 bagai nih...
tambah lak kalo aku tak dak mood ...memang xlaaa kan...
tidak xdak laa aku berjaya tak meng-online-kan diri aku selama 2 hari... :')
even ada laptop...tapi aku malas nak guna...sebab besar gedabak sangat + 24 jam kena cucuk elektrik jaaa coz bateri dia dah tak tahan lama..huu...*masa dulu2 guna xdak pon nak bersunggut...berlagak gilaa akuh.. V__V *

owh...inilah balasan dia kowt?? hmmm...*thinking*