Thursday, December 1, 2011

sebenarnya ..

Assalammualaikum


Sejak dua menjak nih memang aku rasa lemah sangat. Bukan sebab aku sakit atau tak sihat.
Tapiii ...mungkin jugak. HATI dan JIWA yang sakit. -.-''

SAKIT dengan orang sekeliling

SAKIT dengan kata-kata mereka

SAKIT dengan pandangan mereka

SAKIT dengan tingkah laku mereka

SAKIT dengan kesakitan yg sedia ada . .

semoga ALLAH akan gantikan rasa SAKIT ini dengan NIKMAT di penghujung hari :')






p/s : Luaran nya aku ketawa .dalamannya aku menangis. ALLAH yang tahu apa yang terpendam. :')

Wednesday, October 12, 2011

officially :)

Assalammualaikum

sihat ker?? sebenarnya aku nak bgtau nih.

hari RABU aritu bersamaan 5 OKTOBER 2011 jam 2.30 petang aku dengan secara rasminya telah  . .

(bunyi drum pliss )



-
-
-
-
-







Aku dah officially grad !! yeahhh
(bunyi mercun api ^^ )
HAHAHA !!

oke aku dah grad..maknaya aku dah tamat study secara rasmi. :)
nt aku rajin aku cerita laa pasai konvo tu -.-'' kalau rajin yea. :P






p/s : xpayah nak syiok sangat laaa cik zielah oii.
       grad bermakna anda harus menempuh satu lagi fasa -.-''  huhu


Thursday, September 29, 2011

Make me strong :')


 


I know I'm waiting (Aku tahu aku sedang menunggu)
Waiting for something (Sedang menunggu sesuatu)
Something to happen to me (Sesuatu untuk berlaku kepada diriku)
But this waiting comes with (Tetapi bersama penantian ini)
Trials and challenges (Cubaan dan cabaran)
Nothing in life is free (Tiada yang percuma di dalam hidup ini)

I wish that somehow (Namun aku berharap)
You'd tell me out aloud (Engkau akan beritahu aku sekuat-kuatnya)
That on that day I'll be ok (Yang aku akan ok pada ketika itu)
But we'll never know cause (Tetapi kita tidak akan tahu, kerana)
That's not the way it works (Kebiasaannya bukanlah begitu)
Help me find my way (Bantulah aku menemui caraku)
My Lord show me right from wrong (Tuhanku tunjukkanlah aku yang benar dari yang salah)
Give me light make me strong (Berikanlah aku cahaya, jadikanlah aku seorang yang tabah)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)
Sometimes it just gets too much (Kadangkala terlalu banyak yang aku perlu tempuhi)
I feel that I've lost touch (Aku rasa aku telah kehilangan sentuhan)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)

I know I'm waiting (Aku tahu aku sedang menunggu)
Yearning for something (Mengharapkan sesuatu)
Something known only to me (Sesuatu yang hanya aku tahu)
This waiting comes with (Bersama penantian ini)
Trials and challenges (Cubaan dan cabaran)
Life is one mystery (Kehidupan adalah satu misteri)

I wish that somehow (Namun aku berharap)
You'd tell me out aloud (Engkau beritahu aku sekuat-kuatnya)
That on that day you'll forgive me (Yang Engkau akan memaafkan aku ketika itu)
But we'll never know cause (Tetapi kita tidak akan tahu, kerana)
That's not the way it works (Kebiasaannya bukanlah begitu)
I beg for your mercy (Aku mohon kasih sayang-Mu)

My Lord show me right from wrong (Tuhanku tunjukkanlah aku yang benar dari yang salah)
Give me light make me strong (Berikanlah aku cahaya, jadikanlah aku seorang yang tabah)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)
Sometimes it just gets too much (Kadangkala terlalu banyak yang aku perlu tempuhi)
I feel that I've lost touch (Aku rasa aku telah kehilangan sentuhan)
I know the road is long (Aku tahu perjalanan ini panjang)
Make me strong (Jadikanlah aku seorang yang tabah)


p/s : YA ALLAH ..make me strong :')

Friday, September 23, 2011

REUNION 2011

Assalammualaikum

Ni sebenornya cerita dah basi. HAHAHA! Tapi nk cerita jugak. Ada aku kesah ? XP
Ok, aritu masa raya ke-4 batch kami ada buat reunion. Kalo nak ikutkan ni reunion yg kedua laa tapi yang pertama dulu ramai yang tak taw. So ni jadi reunion yang pertama laa kan :)

Reunion ni bertempat di Hotel Regency, Alor Setar . Kami start pukul 8 pagi sampai 12 tengahari. Memang bestlaa sebab lebih 100 orang yg pi weyh !! Haaa tak sangka ramai yang semangat nak pi reunion ritu.

Tengoklaa gambar yang tak seberapa ni, sebab tak sempat nak tangkap kan. HUHU



   * oke ada 2 jaa gambaq.. tu pon aku curi dari sini . Tapi yang len xdpt nak curi. -.- tgk jela kat situ eh ? ^^  Haa, budak nih  partime as a photographer. Kalo bekenan nak hire depa nih jangan malu-malu jangan segan-segan naa :) *
             





ok daaaa :)







tq for reading :)


Sunday, August 7, 2011

aku rindu :')

Assalammualaikum . . .


ini adalah
*** luahan hati***




ehsan google




Airmata ini
mengalir di subuh hari
bukan minta simpati
tapi tanda ada rindu di hati

Airmata ini 
tanda aku rindu pelukannya
 tanda aku inginkan kehadirannya

Airmata ini
tanda aku rindu akan senyumannya
tanda aku rindu akan gelak tawanya
tanda aku rindu akan suara garaunya
tanda aku rindu akan kata-kata tegasnya

Airmata ini
bukan tanda lemahnya diri
tapi hanya untuk melepaskan lelah di hati
agar aku punya kekuatan
untuk terus bertahan
dalam meniti masa hadapan

Airmata ini
mengalir tanpa jemu
kerna diriku
terlalu merinduimu




-- AYAH --

6/8/1999 - 6/8/2011

tahun ini genap 12tahun ayah tinggalkan kami...perginya ayah menyahut seruan ILAHI...

semoga ayah tenang disana  ..

AL-FATIHAH




--- anakmu ---






p/s : td ada org tanya mcmana sakitnya hilang org tersayang..

jawab aku : kalau rasa sakitnya putus bercinta,sakit lagi bila hilangnya orang org yg tersayang..kalau rasa sakitnya bila kehilangan barang berharga, sakit lagi bila hilangnya orang yg tersayang

*hanya orang yang pernah merasa erti kehilangan yang mengetahui apa rasa bila kehilangan insan tersayang*

Tuesday, July 19, 2011

menanti pelangi

 Assalammualaikum

Gagal. gagal sekali bukan bererti gagal selamanya kan? Aku harap akan ada kejayaan selepas ni. Sungguh xsanggup aku nk kecewa banyak kali. Tapi aku kena kuat. rite? :)
yeah aku mampu untuk kuat .

mungkin pelangi aku lambat muncul. hanya menanti saat untuk pelangi tu muncul. ^^


aku kena usaha keras untuk mencapai kejayaan. Doa, usaha , ikhtiar , tawakkal .
semoga akan tercapai segala impian aku.


xkisah laa aku terpaksa merangkak untuk menaiki tangga untuk menuju kejayaan aku sanggup .asalkan kejayaan itu akan jd milik aku. >.<

aku xkisah sekiranya aku terpaksa berjalan dengan perlahan dan jatuh berkali2 tetapi mampu berdiri kembali. dari aku berlari terlalu laju tapi di kemudiannya aku jatuh dengan teruk.



sungguh aku menanti pelangi itu :)












tq for reading :)

Saturday, July 9, 2011

jom bca blog nih..

Assalammualaikum


Ada laa 2 ari lepas masa aku tengah ber-muka-buku, aku tengok membe aku post kat fb dia entry dari blog nih . Aku pon usha2 laa tngok kan. dah xtaw nak watpa . lagipon aku mmg suka blogwalking nih. Blog dia bg aku simple dan cara dakwah dia pon simple hanya melalui gaya penceritaan (org lain aku xtaw la kan ).

Nih salah satu entry dari blog dia.

CINTA SMS .

 aku suka cara penyampaian dia.

dalam bentuk dialog.

buat kita tersenyum tp dalam pada masa yang sama berfikir.

owner dia nama muhammad aiman azlan . berusia 21 tahun. Tak silap aku owner dia further study kat Australia Toronto kot. and ambik psychology. no wonder la kan dia pandai saiko org ngn karya dia. hee nih pandangan aku la kan. :)

oke tens tu kawan aku iffa sebab buat aku jatuh chenta ngan hasil karya aiman azlan nih. seryes aku tertunggu2 next entry dari dia.


and last but not least

to aiman azlan :

 tahniah atas entry yg sangat bermanfaat dan trskan niat suci dan murni anda ntuk terus berdakwah fi sabilillah. :)








tq for reading :)

Tuesday, July 5, 2011

budak2 dulu VS budak2 sekarang : GAME

Assalammualaikum

Dah lama rasanya aku tak kuaq main dengan sepupu2 aku yg kecik2 tu. Kalo tidak tiap2 petang confirm depa tercongok depan pintu umah aku. :) ajak aku main bola. Aku pon apa lagi layankan jela kan?? HAHA !! atleast kuaq laa jugak peluh2 aku nih kaaann ~ . so xkesahlaa main dengan budak2 ka apa kan. =p

Tapi tulaa, macam aku bgtaw tadi , dah lama budak2 tu xmai main kat umah aku ni. sebabnya depa semangat dok main GAME KOMPUTER. weyh, xkanak2 ar men game komputer tu!!. ntah apa game yang depa men aku pon xtaw laa kan. xkuaq peloh kooottt . aku dulu2 masa kecik2 mana nak ada game komputer2 nih. game yang aku selalu main ni haa :


1. TUJU KASUT

tuju kasut. haa game nih masa aku kecik2 dulu femes kot. 1 kumpulan kena susun kasut bg jd cam bntk piramid tu. 1 lg kumpulan jd penyerang. dan semestinya guna kasut la untuk dibaling tu. selalunya kasut yg lembut2 r dplh. kalo keras, sakit kotttt . percuma ja lebam dapat. uhuu..

2 ACI SEMBUNYI

aci smbunyi . hahaa nih kalo memang dah xdak apa sangat nak buat men aci sembunyi pon boleh. tapi jarang ar main game nih. mana taknya, kalo boleh sembunyi satu kampung tu depa nak sembunyi. memang jenuh laa nak cari kan?? ^^

3 GASING

gasing. ini aku suka. sekarang nih xtaw laa aku terer main ka tidak. dah lama xmain benda alah ni. dulu masa tengah femes aku pon terjangkit jugak. iyerla aku kan ada 3 orang abg, apa yg depa main yg tu jugak la aku nak main . :') 

4 MASAK MASAK

masak masak :P. ini kalo dah namanya girl tu ttp girl la kan? ^^ masak2 nih mmg kena ada la. habis barang dalam rumah aku angkut main. tepung laa, periuk belanga mak aku suma aku tibai. kalo main beli2, daun jd ikan laa duit laa. haish kalo daun tu leyh jadi duit btoi kan best -.-''

5 ZERO POINT

 zero point. zero point a.k.a getah. aku dulu nak main zero point ni sanggup tu beli getah banyak2 and buat dia jd panjang dan tebal. lagi tebal lagi best sbb dia susah nak putus tapi kalo terlibas kat badan org mmg lkt bekas laa jawabnya.

sebenaqnya banyak lagi nih game aku masa kecik2 . =p haha. tapi kebanyakkannya memang aku byk main dgn budak2 laki arrr . dah dulu kawan perempuan aku xramai . :') kalo depa panjat pokok aku pon panjat pokok jugak . cuma xsmpt nak masuk longkang cari ikan mcm abg aku sbb mak aku dah ligan. HAHA !! 


haaa, permainan apa yang ampa selalu main masa kecik2 dulu ??








tq for reading :)

Friday, July 1, 2011

ini cerita 30/6 punya :)

Assalammualaikum

Rasanya dah lama aku xupdate entry baru kan ? ~ sian belog nih, nasib tak dak mulut jaa nk cakap. tidak mesti dia marah marah aku punya. HAHA

Arini aku p wat I/C baru. Setelah berkurun aku asyek guna I/C lama jaa yg masa darjah 6 tu, so lebih elok la kan aku tukaq baru . (sebenaqnya kena berletiaq ngan mak aku sbb xp tukaq lg I/C =p ).

Aku p bertemankan membe membe aku cik zatie dan cik iffa . THANX anda anda kerna melayan meroyan saya >.< HAHA !!

Lepastu kami pon terus meredah pi MUZIUM KOTA KUALA KEDAH. Tengah hari buta panas panas tyme orang tengah lepak kat rumah sambi makan kopok tgk tv , kami 3 orang nih boleh pulak p jemuq bawah matahari dok tangkap gambaq. Tengok gigih tak gigihnya kami . >.< .

Boleh pulak laa kan dok tengah panas tu . HAHA ~ Padahal panas sket dah mula bising . Betoi dok cik izzati ?? =p

apa apa pon. tenkiu laa sebab sudi teman ceq p wat I/C noo. :)

sayang anda berdua . cik zatie dan cik iffa . eceyh =p






tq for reading :)




notakaki :  balik petang tadi terus makan ubat .HAHA :))

Thursday, June 9, 2011

LELAKI DALAM HIDUP AKU.. :)

Assalammualaikum

Bila orang bercerita tentang lelaki dalam hidup depa. Yang depa paling sayang. BF la tueh. Aku pon tertanya2 la jugak kan?? Dalam hidup aku nih ada dak lelaki yang aku sayang? Selepas di darab, di tolak, tambah dan bahagi. Keputusannya ialah 1+1+3+ 1 = 6. pergh banyak tu weyh !! Haaa...sini meyh aku nak bagitau sapa. Tak pasai2 aku kena cop playgirl lak :')

*********
mempersembahkan (drumroll please)



1. NABI MUHAMMAD S.A.W

oke...ini r kekasih hati aku. Dan aku pasti, ni jugak la kekasih ampa2 kan?? Sikap dan perbuatan Rasullallah buat aku admire baginda. Tak dak sapa boleh lawan baginda kan. So, what ?? bila orang lain mula ambik artis or pelakon sebagai depa punya role model , aku jadikan Rasullallah role aku. Bukan nak kata aku baek sangat tapi ntah aku just minat gitu2 jaa kat artis ni xdak laa fanatik sangat kan. :)




2. MY AYAH

OF coz ayah aku. oke pembetulan arwah ayah aku. Aku sempat rasa kasih sayang ayah just for 9 taun jaa. Tapi aku bersyukur atleast aku dapat jugak rasa kasih sayang ayah . Dapat jugak manja2 ngan ayah kan. Adala jugak kenangan kan. Tapi seryes cakap, aku jeles bila tengok orang laen rpat ngan ayah depa. :') Owh pliss aku sangat jelesss !!. Tapi Tuhan lebeh sayangkan ayah aku. Semoga ayah bahagia di alam sana.
AL-FATIHAH.



3. ABANG ABANG AKU


After Rasullallah and arwah ayah aku. Haruslah abang abang aku kan? Sebab aku ada depa ja . Eceyh.. :P eh, kenapa abang abang? Mestila, aku kan ada 3 orang abang. Aku sorang ja pompuan . Nasib bongsu, so aku tak kesah. HAHA !! :p . Abang2 aku nih macam2 jenis perangai, nak terang satu2 cam mlas ja kan. heee~~ apa2 pon aku sayang depa. Adek yang baek tak aku?? =D



4. MR RIGHT .....


Hee..malu2 nih.. (dusshh gatai zilah !! >.< )  .Oke nih lagi sorang lelaki dalam hidup aku. Yang nih memang wajib ar kan aku taat nanti kan. Syorga ku di bawahnya kowt :')  ( cakap serupa cam dh jumpa la plak kan??adoyai -.-'' ) . Aku just harap nanti dia akan bahagiakan aku. Sayang kan aku seadanya, terima cacat cela aku, baek buruk aku. Heee..semoga MR  RIGHT aku nanti adalah MR PERFECT yang aku idam idamkan. OWH aku  berangan2 lagi -.-'' .



See, ramai kan lelaki dalam hidup aku. :)  Buat masa nih, no 1 sampai no. 3 yang  jaa yang lelaki terpenting dalam hidup aku. No. 4 tu aku tak jumpa g . Tunggu sampai aku jumpa , confirm2 yang tu lagiiiiiiii PENTING. kan? ~  Sebelom hormon gatal gatal aku membiak secara besar besaran baek aku chow dulu. HAHA













tq for reading :)







nota kaki 1 :  banyak betoi gangguan aku nak buat entry ni. sob sob :').
nota tangan 2 : sian abg aku no. 2 tu, side mirror dia pecah .. huhu
nota mata 3 : sambil tulis point no.2 tu aku tingat balik kisah2 aku dulu. owh miss that tyme. sob sob :'((

Saturday, May 28, 2011

REVIEW : ini cerita hantu : KARAK !!

Assalammualaikum . .

oke ampa semua mesti tau kan sekarang nih cerita KARAK tengah ditayangkan kan ?
So, aku pon tak mau la ketinggalan nak tengok crita nih. Filem hantu pertama keluaran KRU . Cerita nih betoi betoi best. Aku bagi 4/5 bintang. Okela tu kan ? ^^.  Kat sini aku buat review sikit pasai filem nih .


KARAK : TERBITAN KRU





Cerita nih berkisar tentang jalan KARAK yang dikatakan berhantu dan berdasarkan cerita benar. Cerita tentang volkswagen kuning , hantu perempuan ngan anak dia yang kacau orang kat laluan Karak tu.

Filem ni tentang 4 orang pelajar kolej , Zura, Nik, Jack dan Ida yang dalam perjalanan nak ke mana ntah aku xhengat . Masa dalam perjalanan tu depa semua nih terlibat dengan kemalangan di kawasan yang dikatakan laluan angin melintang.

Kat sini bermulalah semua cerita depa tue . Apa yang terjadi dengan depa?? Selamatkah depa dari kemalangan tu? Betoi ka ada hantu kat laluan tue? Haaaa , banyak persoalan yang akan terjawab kalo ampa p tengok.

 Dilakonkan oleh pelakon baru seperti Sheera Aiyob , Shahir (AF8) , Shakila dan Md Eyzendy.
Dah ada dipawagam sejak 26 MEI 2011 . Tunggu apa lagi?? pergila serbu pawagam tu . =)




 



tq for reading :)

Tuesday, May 24, 2011

Assalammualaikum. . .

pergh . .  lama jugak aku tak update entry eh? ^^

nih semua sebab aku asyik berjalan + baca novel =PENAT !!
aku kalo penat memang tak dak idea nak buat entry baru . . (huhu)
kalo ada idea pon aku penat dan tak larat nak type  . .
tangguh punya tangguh , last2 tak jugak update update :'). 

BTW, dalam 2 minggu nih aku rajin jaa kuaq.^^. Tengok wayang pon rajin jugak .
rajin tak rajin pon aku tengok filem  NUR KASIH THE MOVIE dengan PIRATES OF THE CARIBBEAN jaa. Sebab aku rasa macam 2 crita nih best kan. ERK?? >.<

Masa yang sama aku teman kawan baek aku nih IZZATI KHAIRUNNISA pi beli barang barang hantaran untuk pakndak dia. Tiba tiba aku feeling cam aku teman dia beli barang hantaran dia sendiri oke..! HAAHAA!!
Tapi rasa rasa cam tak lama lagi la tu kan kawan kawan aku nih nak ntaq kad jemputan kawen. Owh dah besaaaaaaaaarr pon kawan kawan aku nih . =p

aduiiiii perot aku mintak diisi. choww !! ^^

salam




tq for reading !

Sunday, May 15, 2011

Engkaulah lilin pembakar semangat ~

Assalammualaikum . .

16 MEI 2011 . .

dah lama rasanya aku tak sambut hari guru .
ada laa dalam 3 taun aku tak sambut . * eh 3 taun tu pon lama laaa kan *. Macam dah sepuloh taun ja gaya aku tinggaikan alam persekolahan. ;')

teringat aku masa sekolah duludulu . Tiap hari guru ja aku sibuk nak cari hadiah untuk cikgu aku yang sayang aku ^^. Masa sekolah rendah dulu, tiap kali HARI GURU. Aku sibuk jaa,  p cari hadiah untuk semua cikgu aku. HAHA !! . Kalo ada sepuloh orang cikgu yang ajaq aku. Sepuloh la aku beli. Kalo 12 orang , 12 laa aku beli. Hahaha !! Kononnya nak bagi semua sama rata. Tak mow pilih kasih la katakan . :) . Dan sebagai hadiah untuk jasa mereka mengajaq aku . Tak pernah jemu nak bagi ilmu kat aku nih. Yerla aku kan bebal sketttt. sketttttt ja hokey.(huuhuu)  :')

Masa aku sekolah menengah lak, even aku takdak laa semangat nak cari hadiah macam sekolah rendah tu kan =P . Dah tak dak hadiah segala bagai nih . >.< .HUHU !! kejam la plak kan ?? :')
Tapi setiap kali sambutan hari guru, aku rasa aku buat persembahan masa tu . HIKHIK =p. Masa tu aku akan sampaikan sajak "GURU OH GURU " karya Usman Awang . Aku memang suka sajak nih dari sekolah rendah lagi.

So,

untuk semua cikgu aku dari tadika, skjp, mmas, kuin dan semua warga pendidik


SELAMAT HARI GURU !!

sayang cikgu saya sangatsangat
**********************

Puisi 1

Bila murid duduk
cikgu berdiri
bila murid diseligi
cikgu pulak kena gari
murid datang naik BMW 7 siri
cikgu datang motor buruk cukai jalan pon mati
murid belajar sampai PhD
cikgu baru berkira nak sambung degree
namun begitu
di dunia cikgu berbakti
moga di akhirat syurga menanti

Puisi 2

Guru bagaikan NTV7
kerana “Ceria Selalu”
Guru juga kadang kala seperti TV 3
kerana “menjadi inspirasi hidupku”
yang pasti
Guru bagaikan serifm “sentiasa di hati”
dan yang paling penting
guru bagaikan pakej astro kerana
“macam macam ada”

Puisi 3

Waktu pelajar sakit,
guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes,
guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,
guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah,
guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru,
guru menjadi penunjuk arah
Teruskan perjuangan yang mulia
ikhlaskanlah hati
selamat hari guru
untuk semua warga pendidik

*sumber dari http://mzfaizal.org/blog/?p=804


Monday, May 9, 2011

i stalk ur profile when i miss u :')

 Assalammualaikum . . .


Petang tadi tengah aku online, aku ternampak ar lagu nih kat wall membe aku. Tengah petang panas2 lak tu aku pon layan laa kan. Sekali dengaq terus aku jatuh cinta. *jatuh cinta dengan ini lagu haa.* tak nak ngaku mamat yang nyanyi tu ensem jugak kan. HAHA !!

nih aku punya sinopsis la kan pasal lagu nih. Dak laki tu dah clash ngn awex dia. Dahtu dia selalu la usha FB EX dia nih. Dok usha profile EX dia tu. EX dia tu lak dah ada pakwe baru. haa camtue  laa lebeyh kurang aku paham ngan lagu tue.

Malas nak taip banyak2 ampa dengaq sniri la nowh. ^^




LAYANN !! ~~~~









(erk . .  nak mntk sorry awaiawai . sebab ada gangguan la sket kan sebab aku punya belog kan ada lagu) ^^





thanks for reading :)

daaaa ~~

Saturday, May 7, 2011

terima kaseh mak :'D

Assalammualaikum . .
rasa macam nak lengkap lak kalo tak buat entry pasal hari ibu ini kan. .
aku pon dah macam conpius jaa. Bila Hari Ibu ni sebenaqnya ?
kenapalaa ramai sangat yang dok wish nih?? dah dua hari berturut aku dengaq orang dok wish dalam radio.
Rupanya Hari Ibu tue 8 MEI (ingat nih, remind dalam pala hotak siap2 zielah oii ^^)

****************************

ehem ehem...aku nih takla terer sangat nak bermadah pujangga nih.
apatah lagi nak buat ayat jiwang segala bagai.
tapi apa yang aku cakap nih mai dari hati aku seorang anak untuk mak aku yang tersayang.


Mak . .  .
Terima kasih sebab sudi mengandungkan kami selama 9 bulan 10 hari .
Terima kasih sebab menahan saket melahirkan kami.
Terima kasih mak sebab sanggup menyusu kami. (sebab tu blh buat antibodi km kuat)
Terima kasih sebab menjaga makan  minum kami. (sebab tu kami sihat2) ^^

Mak . .  terima kasih sebab ..
Selalu ada disisi kami tak kira masa.
Sanggup bersengkang mata /merawat saket demam kami. :')
Sanggup berkorban demi kebahagiaan kami.
Sanggup bersusah demi kesenangan kami.


Terima kasih sebab ,
Mak selalu ada bersama kami berkongsi suka dan duka kami
Mak selalu ada disaat jatuh bangun kami
Mak sentiasa ada masa untuk diluangkan bersama kami
Mak selalu menjadi pendorong kami :')

TERIMA KASIH MAK !!


 



 
-kami taw wang ringgit xdapat nak balas segala jasa mak hanya doa yang kami mampu titipkan wat mak dan xlupa juga ayah.




Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.




p/s : sayang mak sangatsangat :') 

Thursday, May 5, 2011

apa yang ampa buat kalo jumpa dengan orang yang ampa kenai? ^^

Assalammualaikum  . . .

haaaaaaaaa . . tengok tajuk pon dah taw kan pasai pa?
sebenaqnya bukan apa pon. kemarin aku ada r kuaq pi jalan jalan dengan membe aku kan, so masa kat mall tu aku ada laa ternampak membe aku masa sekolah rendah dulu.


Tapi kan, dia tak perasan aku kowt . aku yang perasan pon tak berani nak tegoq.  HAHAHA!!
OK. sebenaqnya bukan kemarin ja aku jumpa. boleh cakap selalu jugak ar aku jumpa membe aku nih.
Tak kira r masa sekolah rendah ka sekolah menengah ka. Mesti jumpa la jugak.

sebelom ada orang bermonolog macam ni :

"eh dah depa tu tak tegoq kenapa laa ang xtegoq depa ?"

oke. bukan aku xmaw tegoq cuma kan..kalo aku tegoq satg depa wat muka blur macam tak kenai aku.
haaaaaaaaaaaaaaaa kan dah MALU aku kat situ. dan dibuatnya masa aku tegoq tu dia tak bagi respon??
Kan malu lagi aku .* yang nih selalu terjadi kat aku * huu malu OK..!!

sebab tu aku kadangkadang macam nak biaq jaa depa tegoq aku.
kita acting ja macam kita nih bajet artis ala ala popular tu. * perasannnnnn jaa lebeyh* ~~!
salah satu sebab aku tak mau tegoq sebab aku nih PEMALU ~! hahaa... *nih nanti sure ada yang gelak terguling jatuh katil nih baca statement aku nih *

kalo aku jumpa dengan yang aku rapat tue boleh la jugak aku tegoq.
yang bila jumpa terus boleh pelok-ciom-pipi kiri-pipi kanan tak dak laa aku nak malu sangat kan. sebab ada jugak respon dari orang tu.
Nih kalo setakat aku ja tegoq and ingat depa. Depa tu harammmm tak ingat aku.
pergh boleh malu sepoloh keturunan aku tu >.< .

tapi kowt mana pon aku akan cuba tegoq la sebab depa tu kan penah jadi kawan aku . ~ * pergh suci dak ayt aku * hahaha.

ok.kalo ampa lak yang jumpa orang yang ampa kenai apa yang ampa buat??



p/s : lepas nih jumpa aku tegoq taw...aku kan PEMALU .~~ heee

enset +cd + shawl = jalanjalan

Assalammualaikum...
pergh dah lama aku tak update belog kan ?
hehehe . .

arini aku ada kuaq ngan membe kamceng aku ,izzati . sebab musabab yang kami kuaq adalah

1 . aku nak repair fon aku  : terbang 50 HENGGET aku !!

2 . makcik tu nak cari shawl : dah jumpa pon shawl n inner yang dia berkenan (wana putih + purple xslp ) !!

3. makcik tu jugak nak cari cd merong mahawangsa  : dah jumpa pon cd tu kt AS MALL. 5 HENGGET jaa ORI tueh !!( tokey tu cakap )

4. saja cari pasal !! (eh2..yg nih aku bohong jaa.. ^^..)

hahahaa...xdak keja aku nak p cari pasai dengan orang. ceyh buang masa aku jaa .* bajet cam kuaq jalan tu tak buang masa la plak kan? >.< *

hmmm lepas nih nak kuaq cari apa pulak yaaa ?? *tengah pikiaq *

Tuesday, April 26, 2011

buat adam yg mencari cinta hawa..buat hawa yg menanti cinta adam..

                                                                                   Assalammualaikum ..

benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??tak salah bahkan dianjurkan supaya tak tersalah pilih..hmm..

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pada telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^^


        ***************************

aku dapat artikel nih dari facebook. Saja aku post kat blog aku untuk perkongsian. Dan sama sama dijadikan renungan bersama.



ok daaaaa :)

terima kasih sudi baca :)

Monday, April 25, 2011

dah jangan perasan muda oke...!!

Assalammualaikum. .

tadi aku ada la keluar pi kedai dengan mak aku.dan macam biasa aku just stay dalam keta jela kan.
Malas aku nak turun keta dengan pakai kain batek nih *eceyh bajet gadis melayu * kalo terlondeh nya kain aku tak adanya bajet gadis melayu weyh .

So, dalam sorang sorang aku layan lagu tu tiba tiba aku ada dengar suara orang tegur aku .
Sekali aku kalih . . .

waaaaaaa.. tutyy !! ahaha kat situ jugak aku jerit weyh.*nasib dalam keta -.-'' *
BTW, kawan aku nih kawan satu sekolah rendah dengan aku dan dia pon dah kawen oke .
Anak dia pon dah 2 taun . masa aku sembang sembang tu ada laa dia dukung anak dia tu.
Sekali nak suh dia salam aku cam dah conpius nih .

 erk,nak suh budak nih panggei aku apa nih??
kak ka makcik/auntie?

aku pon leyh terkuaq soklan

aku : eh nak suh dia panggei kami apa nih??
takkan makcik kowt?

membe aku : haha haalaaaa makcik laa...!!

aku : waaaaaaaa rasa diri dah tua nyaaa...

dalam hati aku lak masa dok layan budak kecik tu leyh lak dok berangan nak kawen cepat cepat T____T
apakah ??

oke... dah aku taknak pikiaq pasai nih !. . . . daaaaaa :) 

konvo mereka...

Assalammualaikum...

pergh lama gila aku tak hupdate blog nih. . .
sian kat dia . . alololooo anak mummy muchuk sayang sayang nih *feeling blog nih cam anak aku lak hahaha*

BTW, aku nak ucap tahniah la kat kawan aku sebab dah konvo.
TAHNIAH AIZZATY !!
anda dah selamat ber-konvo dan . . . . .

AKU JELESSSS !!

bila la aku nak konvo nih?? huuuu nak jugak pakai jubah konvo tu *alaaaa. .jubah biasa tu dah selalu sangat aku pakai ..bajet baek laa nih haha *




owh. . . aku kasi ampa ampa tengok gambaq masa konvo tue .tapi tak banyak la sangat gambaq yang aku ada . sikit ja tapi oke la kan daripada tak dak langsung .






wah ty. dah macam LAWYER pon ada oke..hehe




MEREKA ini seperti baru keluaq dari mahkamah ..hahaha :P









muka aku pon ado.. ahaha huduh yang amat . T__T




TAHNIAH ANDA SEMUA !!




oke  daaa... :)